SateTemeen
SATE TEMEEN JERANTUT
Restaurant website: /
Restaurant address: LOT 15494-I JALAN JERANTUT-MARAN, JERANTUT 27000, Pahang, Malaysia
Restaurant phone number: +60 13 484 1176
Restaurant contact e-mail/form:
Menu currency: MYR
TERMA & SYARAT TEMPAHAN IFTAR RAMADAN
1. Umum
Terma & syarat ini terpakai khusus untuk tempahan Iftar Ramadan sahaja. Dengan membuat tempahan melalui sistem GloriaFood, pelanggan dianggap bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan oleh pihak restoran.
2. Tempahan Iftar
Semua tempahan Iftar adalah berdasarkan slot tarikh dan masa yang dipilih.
Tempahan adalah tertakluk kepada pengesahan pihak restoran.
Slot Iftar adalah terhad dan akan ditutup apabila kapasiti penuh.
Deposit / bayaran penuh adalah WAJIB untuk pengesahan tempahan Iftar.
Semua bayaran yang dibuat adalah TIDAK DIKEMBALIKAN (NON-REFUNDABLE).
Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh ditetapkan akan menyebabkan tempahan dibatalkan secara automatik
Tiada pembatalan dan tiada pemulangan wang selepas tempahan disahkan.
Sebarang permintaan perubahan tarikh, masa atau jumlah pax adalah tertakluk kepada kelulusan restoran dan kekosongan slot.
Perubahan saat akhir (last minute) mungkin tidak dapat dilayan.
Jumlah tetamu mestilah mengikut pax yang ditempah.
Penambahan pax tanpa makluman awal tidak dijamin dapat dilayan.
Restoran berhak menolak kemasukan jika jumlah tetamu melebihi pax yang ditempah
Pelanggan dinasihatkan hadir tepat pada masa tempahan.
Meja akan dilepaskan sekiranya pelanggan lewat lebih daripada 15–30 minit tanpa sebarang makluman.
Tempoh penggunaan meja adalah terhad bagi memastikan kelancaran operasi waktu Iftar
Menu Iftar adalah tetap / set seperti yang dinyatakan semasa tempahan.
Menu adalah tertakluk kepada ketersediaan bahan.
Pihak restoran berhak menukar item menu sekiranya perlu tanpa notis awal
Pelanggan bertanggungjawab ke atas barangan peribadi masing-masing.
Sebarang kerosakan harta restoran akibat kecuaian pelanggan akan dikenakan caj
Pihak restoran berhak membuat perubahan terhadap terma & syarat ini dari semasa ke semasa.
Keputusan pihak restoran adalah muktamad